Assalamualaikum dan selamat pagi. Pada kali ini saya ingin menyuarakan penghargaan dan kegembiraan saya kerana Prof Normaliza telah like gambar saya. Terima kasih Prof. Nanti lan kali like lagi yer, kalau tak keberatan silalah komen sekali. Sekian.
Friday, 27 March 2020
Friday, 20 March 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5
Buku Kajian Wacana (Bahagian B)
Ringkasan Cerita Sosial 2
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
Ringkasan Cerita Sosial 2
Pada hari ahad yang
lepas, bapa Alim telah membawa pulang pelbagai buah-buahan yang telah dibelinya
di pasar tani. Seluruh ahli berasa sangat gembira dengan kepulangan bapa mereka
bersama buah-buahan tersebut. Ahli keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, abang
Imran, Kak Madihah, Alim dan Aisyah menikmati buah-buahan tersebut dengan penuh
keriangan. Namun demikian, dalam suasana yang gembira, Alim masih tidak melupakan
sahabatnya yang tinggal berjiran dengannya iaitu Sulaiman. Alim telah meminta dengan
ibunya untuk berkongsi buah-buahan yang mereka nimkati dengan Sulaiman. Ibunya
sangat gembira dan berasa amat bangga dengan sifat terpuji Alim. Dia telah memberikan
sedikit buah-buahan kepada Alim supaya dihantar kepada Sulaiman. Alim menurut
arahan ibunya dan terus pergi untuk berkongsi buah-buahan tersebut. Sulaiman
sangat gembira dengan pemeberian sahabatnya itu dan mengucapka terima kasih. Setelah
memberikan buah-buahan itu, Alim membantu keluarganya mengemas rumah mereka. Alim
kemudian terserempa dengan ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar
rumahnya. Ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi
buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Ibu Sulaiman turut memuji sfat terpuji
Alim yang suka melakukan perkara baik. Dia dengan keadaan yang sayu mendoakan
kesejahteraan dan kesihatan Alim yang sangat baik dengan anak lelakinya. Alim
kemudian melambai kepada Ibu Sulaiman dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, 19 March 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5
Buku Kajian Wacana
Bahagian A
Abidin bin Abdul Rahman
197448
Brown &
Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan
Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama
adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam
interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown
& Levinson (1987) memperkenalkan konsep 'wajah' untuk menggambarkan
"kesopanan' dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai
kepentingan dalam mengekalkan dua jenis 'wajah': "wajah positif dan ‘wajah
negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan 'muka positif kerana imej
positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, 'muka negatif'
adalah "tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk
tidak diganggu". Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej
untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak
dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan
empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan
negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata
tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hjau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
|
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik air ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 5
Multimedia Dalam Bahasa
Bahagian B
Kepentingan Rule Of Thirds
Rule of thirds atau diringkaskan sebagai ROT merupakan garisan yang dibina untuk memberi panduan kepada jurugambar semasa mengambil foto. ROT sememangnya mempunyai banyak kepentingan kepada jurugambar bagi membolehkan mereka merakam gambar yang terbaik dan sempurna. Salah satu kepentingan ROT ialah membentuk gambar yang stabil. Kebanyakan masyarakat yang baru membiasakan diri untuk mengambil gambar berasa janggal untuk menggunakan ROT. Rot sebenarnya merupakan pembahagian kawasan untuk dirakam kepada sembilan kotak. Dengan menggunakan ROT, pengguna dapat memastikan elemen penting seperti kepala tidak terlalu di atas atau du bawah. Elemen lain seperti kaki juga dapat dipilih supaya sesuai iaitu tidak menampakkan terlalu bawah sehingga mengganggu bahagian atas badan. Pengguna juga boleh menyesuaikan gambar yang diambil misalnya seseorang yang berdiri di tepi tasik yang cantik. ROT berfungsi untuk mewujudkan kestabilan antara individu tersebut yang dapat diletakkan pada bahagian kanan ROT dan menampakkan tasik pada bahagian kiri ROT. Gambar ini akan lebih menarik dan kelihatan stabil iaitu dapat menunjukkan aktuviti dan emosi seseorang iaitu sedih, gembira atau tenang di tepi tasik yang sangat indah. Di samping itu, teknik ROT juga membolehkan gambar yang diambil mempunyai fokus yang jelas terhadap sesuatu perkara. Misalnya, gambar seorang lelaki sedang meminta sedekah di kaki lima akan lebih jelas terlihat apabila sedikit kotak tengah dan kotak kanan ROT dirakam gambar lelaki tersebut. Pada kotak kiri pula dirakam gambar beberapa orang awam sedang lalu-lalang tanpa mempedulikan lelkai tersebut. Bagi gambar ini, ROT dapat berfungsi untuk mewujudkan fokus gambar terhadap lelaki peminta sedekah sebagai fokus utama. Orang lalu-lalabg itu pula kurang difokuskan, namun tetap ada sebagai simbol peminta sedekah yang sedang mengalami kesusahan kerana tiada individu yang sudi membantu dirinya..
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, 18 March 2020
BBM3401Satu2020: Tugasan Minggu 5
Bahagian A (1)
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
BBM3410Satu2020: Tugasan minggu-5 bahagian B
BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI PENGENALAN
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Berdasarkan buku Eh Media Sosial, saya mendapati masalah yang terbesar dihadapi oleh masyarakat ialah kurang keyakinan untuk memulakan penulisan. Perasaan ini muncul disebabkan tiada latihan dan tidak biasa apabila tulisan mereka dibaca oleh orang lain. Sikap ini menyebabkan mereka enggan menulis dan sekiranya menulis, mereka tidak mahu hasil tulisan mereka dibaca oleh individu lain. Sikap inilah yang mengekang mereka untuk meluahkan idea bernas yang terkandung dalam minda mereka. Selain itu, masyarakat juga mempunyai sikap yang lain iaitu gemar melibatkan diri terus dalam aktiviti. Kaedah ini digemari mereka supaya mereka fokus pada pembelajaran bahasa dan aktiviti supaya mereka terhindar dari salah faham dan tidak bosan atau jemu semasa belajar. Situasi ini merupakan trend terkink yang wujud dalam kehidupan masyarakt sekarang. Disebabkan itu, kaedah yang paling tepat bagi membolehkan masyarkat menulis ialah menggunakan kaedah tertentu seperti aplikasi twitter. Twitter membolehkan masyarakat berkongsi idea dan pemikiran secara terus dan dapat dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Twitter juga dapat dijadikan wadah untuk berkongsi ilmu tentang politik, ekonomi dan sebagainya. Bagi individu yang kurang berkeyakinan, mereka boleh menyembunyikan identiti dan berkongsi sesuatu perkara dan mendapatkan maklum balas tentang perkongsian mereka. Kaedah ini boleh melatih diri mereka bagi mendapatkan keyakinan untuk terus menulis dengan tidak secara semuka. Mereka yang berminat untuk terlibat secara terus dalam aktiviti juga dapat berkimunikasi dengan lancar dan berkesan. Perbincangan melalui twitter membolehkan mereka berbincang walaupun wujud halangan jarak dan sebagainya. Kesimpulannya, penceritaan dan pendidikan melalui wadah seperti twitter ini sememangnya sangat berkesan dan membantu masyarakat.
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Terengganu Malaysia.

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu ke-5
Tugasan minggu 5
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Monday, 16 March 2020
BBM3410Satu2020: Asas Fotografi 2
Assalamualaikum..Kali ini,
kami meneruskan lagi tugasan kami untuk mengambil gambar dan menghasilkan video..
https://youtu.be/M-s2kn0HTIM
Sila like and subscribe..
https://youtu.be/M-s2kn0HTIM
Sila like and subscribe..
BBM3410Satu2020: Asas fotografi
Assalamualaikum..Pada kali ini, kami ditugaskan untuk mengambil beberapa jenis gambar yang berlainan. Jenis-jenis ini ialah siluet, kabur, pendua, bayang, over the shoulder serta birds eye view. Setelah kesemua gambar selesai diambil, kami telah menghasilkan video yang mengandungi gambar-gambar yang diambil.
Jangan lupa like dan subscribe.. terima kasih
Friday, 6 March 2020
BBM3410Satu2020: Peta Minda Kepentingan Asas Grafik
Peta Minda Kepentingan Asas Grafik
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik
Nota Asas Grafik
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam buku
Multimedia Dalam Bahasa (2019) terdapat lima elemen asas grafik yang sangat
penting.
Ø 1. Mudah.
v Gambaran
yang mudah difahami oleh individu yang melihat
v Foto
@ video
Ø
2. Warna
v Satu
@ kombinasi warna
v Yang
menonjol dan baik ialah tiga warna
Ø
3. Teks
v Jenis
dan saiz font
v Kandunga
teks
Ø
4. Kesesuaian
v Sesuai
dengan latar (tempat, masa, watak)
v Dalam
foto @ video
Ø
5. Keseimbangan
v Ruang
foto @ video
v Kiri
dan kanan, atas dan bawah
v Perlu
diseimbangkan
Rujukan
Normaliza Abd
Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia
BBM3410Satu2020: Analisis Wacana Kritis
TEORI ANALISIS
WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Teori dan Aplikasi, VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro,
kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap
elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis
dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta
daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang
kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.
Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang
dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
Struktur
Makro
Makna
global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka
suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur
Mikro
Makna
lokal daripda suatu teks yang dapat diamati\
Daripada
pemilihan kata, kalimat dan gaya yan dipakai oleh suatu teks
Fairclough
(1995) pula menitikberatkan teori analisis wacana kritis (Rajah 2) dalam
menganalisis data. Analisis wacana kritis oleh Fairclough (1995) terbahagi
kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan
analisis praktis sosial. Analisis tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa yang
berfokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokus kepada metafora dan kohesi
iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana praktis pula
dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-andaian, metawacana dan penafian
manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan
luahan. Elemen ketiga iaitu analisis praktis sosial dianalisis melalui aspek
ekonomi, pendidikan dan politik.
Teori ini merupakan teori analisi wacana yang yang membahagikan elemen kepada subbidang iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kuasa wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap subbidang ini mempunyai huraian yang perlu dianalisis. Sudut struktur membincangkan pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula membincangkan kata, kalimat dan gaya teks. Analisi tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa iaitu tema dan leksikal. Akhir sekali, analisis wacana praktis dianalisis melalui pra-andaian metawacana dan penafian.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: Kepentingan Penggunaan Taksenomi Strategi Komunikasi
Taksenomi
Strategi Komunikasi
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi, strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah
7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau
peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan
perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau
penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,
pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan
dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda.
Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau
strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat
diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi
interaksi.
Taksonomi
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan
mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah
ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik
oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesei merujuk kepada
penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan
kosa kata
manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang
hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya jalah penggunaan
perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umur untuk
menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala cipataan perkataan
baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa
sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh
kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat.
Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur
sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk
kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau
morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan
perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan
yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu
menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak
mempunyai makna.
Merujuk kepada
strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone
(1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan
dan dicadangkan dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk
strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang
baharu. Pendekatan strategi komunkasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan
kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan,
penafian/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam
strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1997), Faerch
& Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan
kajian ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.
Kepentingan
Penggunaan Strategi Komunikasi
Strategi
komunikasi yang telah diutarakan sebelum ini mempunyai pelbagai kepentingan.
Antara kepentingan ini ialah maklumat atau pendedehan tentang pengelakan
menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Selain itu,
panduan penulisan mesej juga dapat memberi faedah kepada struktur komunikasi.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana perkara yang tidak sesuai seperti mesej
yang kekurangan kosa kata dapat digantikan dengan kosa kata yang hampir sama
dengan perkataan sasaran. Di samping itu, Perkataan juga dapat digunakan untuk
semua tujuan iaitu penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan
yang lebih tepat. Selanjutnya, pesntrukturan semula diertikan sebagai
meninggalkan mesej yang kekangan bahasa. Seterunya, terjemahan literal pula bermaksud terjemah sesuatu perkataan,
frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Selanjutnya,
pengantarangsaan pula didefnisikan sebagai bahasa lain daripada bahasa ibunda
yang diubah suai secara fonologi dan atau morfologi kepada bahasa sasaran. Akhir
sekali, penukaran kod pula ialah penggunaan perkataan atau frasa daripada
bahasa lain dalam penulisan.
Rujukan
Normaliza Abd
Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, 5 March 2020
BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Manfaat Penggunaan Instagram
Menurut Noraien
Mansor dan Normaliza Abd Rahman dalam buku Eh!! Media Sosial, kajian yang telah
dijalankan menunjukkan terdapat pelbagai manfaat penggunaan Instagram. Antara
manfaat tersebut ialah instagram dapat membantu mereka bagi memepelajari kaedah
yang betul untuk merakam video dan cara menonton cerita pendek Instagram
pengguna lain di talian. Keadaan ini sebenarnya sangat menarik kerana mereka
dapat berkongsi rutin harina mereka dengan pengguna media sosial yang lain. Selain
itu, manfaat yang lain ialah mereka dapat mempelajari pelbagai kemahiran baru
dengan menonton cerita pendek tersebut. Kemahiran seperti mengupas epal dengan
cantik dapat dipelajari dan diikuti dengan mudah oleh pengguna instagram. Di
samping itu, kecekapan menggunakan teknolgi juga dapat dipertingkakan.
Penggunaan gambar seperti potret, kabur dan swafoto dapat mendidik masyarakat
dengan sikap kratif dan celik teknologi. Sekali, pengguna juga dapat memperoleh
manfaat tentang kaedah menjaga kelakuan tentang berdasarkan persepsi yang diutarakan
sendiri tentanh gambar individu lain.
Rujukan/Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Rumusan dan
Perbincangan Bab 6
Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Keputusan dan Perbincangan bab pada bab 6 dapat diberi rumusan secara menyeluruh dan jelas berpandukan maklumat yang telah diberikan. Rumusan yang dibuat ialah
yang berkaitan dengan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian
kesusateraan. Genri ini merangkumi puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Jumlah
yang dinyatkan ialah tentang peratusan jantina yang suka menulis di dalam blog
berdsarkan genre-genre tersebut.
Bagi genre yang
pertama iaitu puisi, sebanyak 66.7% responden lelaki yang berjumlah 20 orang
suka menulis puisi di blog. Bagi golongan wanita pula, sebanyak 80% atau 24
responden wanita mempunyai minat untuk menulis puisi di blog.
Seterusnya, pengguna daripada kaum
lelaki dan wanita juga menggunakan blog untuk menulis cerpen pendek. Berdasarkan
maklumat yang telah dinyatakan, 86.7% iaitu 26 orang responden lelaki dan 96.7%
responden wanita menjadikan blog sebagai kaedah untuk menulis cerpen. Di
samping itu, gabungan bagi kedua-dua responden lelaki dan wanita menunjukkan
angka yang tinggi iaitu sebanyak lebih 80%.
Selain itu, blog juga dijadikan
sebagai wahana untuk menulis skrip. Sebanyak 76.7% iaitu 23 orang responden
lelaki dan 93.3% atau 23 orang responden perempuan menyatakan keselesaan dan
kesesuaian bagi mereka menggunakan blog untuk menulis skrip. Faktor yang
mendorong mereka minat untuk menggunakan kaedah ini adalah kerana ingin
berkongsi skrip dengan orang lain dan boleh menulis apa sahaja dalam skrip memandangkan
ini cerita mereka.
Selanjutnya, genre yang terakhir
ialah pantun. Terdapat sebahagian besar daripada responden menyatakan kesesuaian
mereka menulis pantun di blog. Berdasarkan jumlah data yang dikutip, sebanyak
66.7% iaitu 20 orang responden lelaki dan 86.7% atau 26 orang responden wanita
memilih blog sebagai medium untuk menulis pantun. Bagi responden wanita, mereka
berpendapat bahawa mereka merasakan sekiranya pantun cinta dibaca dalam blog,
ia kelihatan sangat romantik. Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa
penulisan pantun merupakan suatu nasihat atau pesanan yang terbaik dan
sekiranya ia dikongsi dalam blog, ia dapat dimanfaatkan oleh insan lain.
Rujukan/Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021
Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...

-
Assalamualaikum. Nama saya Abidin bin Abdul Rahman. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Saya mempunyai enam orang adik-...
-
Peta Minda Watak dan Perwatakan PETA MINDA Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putr...
-
AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI Assalamualaikum. Betemu lagi. Tahukah anda tentang pedagogi? Hari ini saya akan menyatakan maklumat yang saya ...