Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Penggunaan Taksenomi Strategi Komunikasi


Taksenomi Strategi Komunikasi

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesei merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan
kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya jalah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umur untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala cipataan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan dan dicadangkan dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baharu. Pendekatan strategi komunkasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan, penafian/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1997), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan kajian ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.

Kepentingan Penggunaan Strategi Komunikasi

Strategi komunikasi yang telah diutarakan sebelum ini mempunyai pelbagai kepentingan. Antara kepentingan ini ialah maklumat atau pendedehan tentang pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Selain itu, panduan penulisan mesej juga dapat memberi faedah kepada struktur komunikasi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana perkara yang tidak sesuai seperti mesej yang kekurangan kosa kata dapat digantikan dengan kosa kata yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Di samping itu, Perkataan juga dapat digunakan untuk semua tujuan iaitu penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat. Selanjutnya, pesntrukturan semula diertikan sebagai meninggalkan mesej yang kekangan bahasa. Seterunya, terjemahan literal  pula bermaksud terjemah sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Selanjutnya, pengantarangsaan pula didefnisikan sebagai bahasa lain daripada bahasa ibunda yang diubah suai secara fonologi dan atau morfologi kepada bahasa sasaran. Akhir sekali, penukaran kod pula ialah penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...