Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Analisis Wacana Kritis


TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Teori dan Aplikasi, VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripda suatu teks yang dapat diamati\
Daripada pemilihan kata, kalimat dan gaya yan dipakai oleh suatu teks


Fairclough (1995) pula menitikberatkan teori analisis wacana kritis (Rajah 2) dalam menganalisis data. Analisis wacana kritis oleh Fairclough (1995) terbahagi kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial. Analisis tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa yang berfokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokus kepada metafora dan kohesi iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana praktis pula dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-andaian, metawacana dan penafian manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan luahan. Elemen ketiga iaitu analisis praktis sosial dianalisis melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.

Ringkasan Teori Analisi Wacana
Teori ini merupakan teori analisi wacana yang yang membahagikan elemen kepada subbidang iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kuasa wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap subbidang ini mempunyai huraian yang perlu dianalisis. Sudut struktur membincangkan pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula membincangkan kata, kalimat dan gaya teks. Analisi tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa iaitu tema dan leksikal. Akhir sekali, analisis wacana praktis dianalisis melalui pra-andaian metawacana dan penafian.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...