Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga saya.

Assalamualaikum. Nama saya Abidin bin Abdul Rahman. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Saya mempunyai enam orang adik-beradik. Ketiga-tiga orang kakak saya berkerjaya sebagai guru. Abang saya pula bekerja dengan membantu ibu saya sebagai seorang petani. Seorang daripada kakak saya telah berkahwin serta mempunyai dua orang cahaya mata. Apabila semua hali keluarga berkumpul, keluarga kami akan berbual-bual bagi berkongsi kisah hidup masing-masing. Kakak sulung dan ketiga saya mempunyai cerita yang hampir sama kerana mereka bertugas sebagai guru di sekolah yang sama. Mereka akan bercerita tentang gelagat murid-murid mereka yang nakal namun pada masa yang sama pintar. Kakak ketiga saya pernah menceritakan gelagat pelajar lelakinya yang nakal. Budak tersebut memanggil semua rakan perempuan kelasnya dengan panggilan "sayang" sekiranya pelajar perempuan tersebut memarahinya. Ungkapan "kejaplah sayang" merupakan ungkapan rutin yang sering digunakannya. Selain itu, kakak kedua saya pula mempunyai cerita yang agak berbeza sekiranya dia pulang ke kampung. Dia akan bercerita tentang gelagat kedu-dua orang anaknya yang semakin membesar. Kakak kedua saya juga seorang yang sopan dan bercakap dengan lemah-lembut dan perlahan. Seterusnya, gelagat abang saya pula berbeza dengan adik-beradik lain. Dia jarang-jarang berada di rumah disebabkan mempunyai hobi yang tersendiri. Antara hobi yang amat digemarinya ialah memancing. Sekiranya cuaca baik dan air sungai jernih, dia akan keluar memancing selama beberapa jam. Dia akan menggunakan perahu kepunyaan ayah kami. Setelah hari hampir senja, dia akan pulang. Kebanyakan hari dia akan pulang dengan tangan kosong, namun baru-baru ini, dia kerap membawa pulang hasil yang agak lumayan. Setakat itu sahaja perkongisian saya pada kali ini, ada masa kita jumpa pada waktu yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca.

                                                                        Hari Raya


                                                                        Thailand

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...