Thursday, 13 February 2020
BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
10 cara menulis blog dengan baik
1. Tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang boleh menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan
Ulasan
Berdasarkan kriteria di atas, dapat diketahui bahawa blog merupakan suatu kaedah untuk kita berkongsi idea secara atas talian dan mudah untuk dicapai oleh individu lain. Penulisan blog secara sememangnya hampir sama dengan kemaskini status di aplikasi sosial yang lain, namun dalam bentuk yang lebih sopan. Bahasa dalam penulisan blog juga lebih teratur dan mudah difahami oleh pembaca blog tersebut. Unsur yang sangat ditekankan dalam penulisan blog ialah bersifat menarik dan ada unsur jenaka. Ciri ini penting untuk menarik minat pembaca dan mengelakkan mereka berasa bosan dengan kandungan blog tersebut. Kandungan blog juga perlulah menyatakan berkenaan isu semasa atau global supaya ia relevan untuk menarik minat pembaca. Penulisan blog yang besifat kuno atau jumud sepatutnya perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan generasi kini kurang berminat untuk membacanya. Selain itu, blog yang dihasilan juga perlulah mempunyai unsur pengajaran dan nilai murni dtentang idea yang telah diutarakan. Perkongsian idea seperti luahan perasaan berunsurkan kebencian yang melampau yang boleh menimbulkan perpecahan perlu dielakkan kerana ia boleh memporak-perandakan masyarakat. Akhir sekali, unsur yang paling penting untuk menghasilkan blog yang baik ialah berilmu pengetahuan. Seseorang yang menulis blog dengan ilmu pengetahun yang luas cenderung untuk berkongsikan perkara yang bermanfaat kepada umum. Mereka juga akan lebih peka dalam menjaga bahasa dan sensitiviti yang perlu dielakkan kerana mengetahui kesan buruk sekiranya perkara ini diabaikan. Sebaliknya, penulis blog yang kurang ilmu pengetahuan hanya akan berkongsi perkara yang belum diketahu kesahihannya untuk mendapat populariti semata-mata. Perkara ini sewajarnya perlu dielakkan oleh semua penulis blog. Sekian perkongsian daripada saya untuk kali ini. Sekian terima kasih.
Rujukan
Prof. Normaliza Abd Rahim
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writitting: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien Mansor & Normiliza Abd Rahim (2019). Eh! Media Sosial: University Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021
Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...

-
Assalamualaikum. Nama saya Abidin bin Abdul Rahman. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Saya mempunyai enam orang adik-...
-
Peta Minda Watak dan Perwatakan PETA MINDA Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putr...
-
Perbezaan Kajian Facebook & Twitter FACEBOOK 1. Salah satu cara berkomunikasi & digunakan untuk tujuan tidak formal 2. Menin...
No comments:
Post a Comment