Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri




Tentang diri

Nama saya ialah Abidin bin Abdul Rahman. Nama saya diberi oleh ayah saya kerana beliau mengatakan bahawa Abidin merupakan nama yang terkenal pada masa itu. Saya berumur 22 tahun. Saya merupakan anak yang kelima daripada enam orang adik beradik. Saya merupakan seorang mahasiswa UPM tahun dua. Saya mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu untuk mendalami bahasa Melayi dengan lebih mendalam. Saya beranggapan bahasa Melayu sangat penting kerana ia merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Saya juga berpendapat bahasa ini perlu dikembangkan supaya setaraf dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Saya mempunyai tiga orang kakak dan seorang abang. Selain itu, saya juga mempunyai seorang adik perempuan. Saya mempunyai beberapa hobi seperti membaca buku, menternak haiwan dan menonton perlumbaan motosikal. Saya akan bersama rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama seperti saya. Di kampunh halaman, saya mempunyai ramai rakan yang meminati sukan permotoran. Sekiranya saya mempunyai kelapangan waktu, saya akan mengikuti rakan-rakan menyaksikan perlumbaan motosikal di kampung saya. Seterusnya, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru selepas bergraduat nanti. Saya meminati kerjaya guru sejak saya belajar pada tingkatan empat. Pada masa tersebut, saya memerhatikan gelagat guru-guru yang mengajar saya dan rakan sekelas. Saya mendapati mereka sangat serius dan bersungguh-sungguh untuk mendidik kami. Di samping itu, saya juga mendapati mereka sangat ikhlas semasa mengajar. Ada beberapa orang guru yang sanggup mengadakan kelas tambahan secara percuma untuk kami yang lemah dalam beberapa subjek. Selain itu, terdapat juga guru yang memberi kami wang mereka untuk kami membeli buku, makanan alat tulis dan sebagainya. Beliau selalu berpesan, saya takkan sayang duit untuk beri kepada awak kalau betul awak nak belajar". Itulah antara kata-kata motivasi yang menguatkan semangat saya untuk mengikut jejak langkah mereka sebagai seorang guru. Bagi saya, perbuatan seumpama ini dianggap sangat mulia dan wajar dicontohi oleh semua pihak. Semoga guru berkenaan dan guru-guru lain sentiasa dirahmati Tuhan sepanjang masa. Sekian perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan tentan diri ini.

1 comment:

  1. Penulisan yang baik kerana mempunyai kandungan ilmiah serta pengajaran berguna. Penceritaan secara santai mudah difahami.

    ReplyDelete

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...