Thursday 19 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 5

Multimedia Dalam Bahasa
Bahagian B

Kepentingan Rule Of Thirds

Rule of thirds atau diringkaskan sebagai ROT merupakan garisan yang dibina untuk memberi panduan kepada jurugambar semasa mengambil foto. ROT sememangnya mempunyai banyak kepentingan kepada jurugambar bagi membolehkan mereka merakam gambar yang terbaik dan sempurna. Salah satu kepentingan ROT ialah membentuk gambar yang stabil. Kebanyakan masyarakat yang baru membiasakan diri untuk mengambil gambar berasa janggal untuk menggunakan ROT. Rot sebenarnya merupakan pembahagian kawasan untuk dirakam kepada sembilan kotak. Dengan menggunakan ROT, pengguna dapat memastikan elemen penting seperti kepala tidak terlalu di atas atau du bawah. Elemen lain seperti kaki juga dapat dipilih supaya sesuai iaitu tidak menampakkan terlalu bawah sehingga mengganggu bahagian atas badan. Pengguna juga boleh menyesuaikan gambar yang diambil misalnya seseorang yang berdiri di tepi tasik yang cantik. ROT berfungsi untuk mewujudkan kestabilan antara individu tersebut yang dapat diletakkan pada bahagian kanan ROT dan menampakkan tasik pada bahagian kiri ROT. Gambar ini akan lebih menarik dan kelihatan stabil iaitu dapat menunjukkan aktuviti dan emosi seseorang iaitu sedih, gembira atau tenang di tepi tasik yang sangat indah. Di samping itu, teknik ROT juga membolehkan gambar yang diambil mempunyai fokus yang jelas terhadap sesuatu perkara. Misalnya, gambar seorang lelaki sedang meminta sedekah di kaki lima akan lebih jelas terlihat apabila sedikit kotak tengah dan kotak kanan ROT dirakam gambar lelaki tersebut. Pada kotak kiri pula dirakam gambar beberapa orang awam sedang lalu-lalang tanpa mempedulikan lelkai tersebut. Bagi gambar ini, ROT dapat berfungsi untuk mewujudkan fokus gambar terhadap lelaki peminta sedekah sebagai fokus utama. Orang lalu-lalabg itu pula kurang difokuskan, namun tetap ada sebagai simbol peminta sedekah yang sedang mengalami kesusahan kerana tiada individu yang sudi membantu dirinya..


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...