Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Sinopsis cerita sosial 1

Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim telah mengikuti keluarganya balik ke rumah datuk dan nenek mereka. Datuk dan nenek mereka digambarkan hidup secara tradisional. Datuk dan nenek Alim membela ayam dan itik berhampiran dengan rumah mereka. Alim digambarkan seorang kanak-kanak yang amat menyukai binatang. Namun demikian, Alim merasa sangat sedih apabila dia mendapati ayam dan itik yang dibela oleh datuk dan nenek mereka sudah tiada. Dia beranggapan bahawa haiwan berkenan sudah mati. Alim berasa sangat sedih sehingga menangis. Datuk dan nenek yang mula memahami punca kesedihan yang dialami oleh cucunya mula menerangkan tentang lokasi haiwan ternakan tersebut. Mereka menerangkan pada Alim bahawa haiwan tersebut telah dipindahkan ke reban baru. Alim yang merasa sedih itu terus pergi ke tempat tersebut untuk melihat ayam dan itik yang berada di sana. Selepas itu, Alim bergerak untuk memasuki rumah datul dan nenek. Namun demikian, dia terkejut setelah melihat terdapat perbezaan pada struktur rumah tersebut. Dia menyangkakan bahawa rumah lama datuk nenek sudah tiada. Alim kembali berasa sedih seperti sebelumnya. Dia kembali menangis. Nenek yang berada di sampingnya cuba menenangkan Alim dengan menunjukkan barangan yang ada di dalam rumah tersebut. Keadaan Alim yang kerap menangis itu telah menyebabkan datuk, ibu dan ayah berasa kurang senang dan sedih. Namun demikian, setelah beberapa ketika, Alim mula berasa keserasian dengan tempat baru tersebut. Alim telah menonton televisyen bersama Imran, kak Madinah dan Aisyah di dapur. Mereka semua sangat gembira kerana dapat menonton cerita kartun bersama-sama. Kesedihan Alim juga semakin reda. Perkara ini disebabkan dia mula berasa sesuai dengan suasana baru di rumah datuk dan nenek serta tahu lokasi haiwan yang diternak oleh datuk dan neneknya.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...