Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Sinopsis cerita sosial 2

Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Alim. Alim merupakan kanak-kanak baik dan berhati mulia. Bapa Alim dikisahkan telah membawa pulang pelbagai buah-buahan kepada keluarganya. Buah-buahan tersebut dibeli oleh bapa Alim di pasar tani. Terdapat pelbagai buahan-buahan tempatan seperti buah langsat, duku dan manggis. Kesemua ahli keluarganya gembira setelah melihat buah-buahan yang pelbagai. Namaun demikian, Alim yang berhati mulia telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada rakannya Sulaiman. Ibu Alim berasa bangga dengan sifat terpuji anaknya dan menggalakkan Alim terus mengamalkan sikap murah hati tersebut. Ibu Alim telah menyediakan buah untuk diberi kepada sahabat anaknya dan menyuruh Alim menghantar buah tersebut. Alim kemudian telah memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu Sulaiman yang terserempak dengan Alim mengucapkan terima kasih atas pemebrian tersebut. Dia turut memuji perbuatan terpuji. Ibu Sulaiman turut berasa terharu atas pemberian Alim dan terus memandang sayu ke arah kakak-kanak tersebut. Ibu Sulaiman berdoa kepada Tuhan supaya Alim dan keluarga diberi kesihatan yang baik.





Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...