Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Rumusan dan Perbincangan Bab 6



Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Keputusan dan Perbincangan bab pada bab 6 dapat diberi rumusan secara menyeluruh dan jelas berpandukan maklumat yang telah diberikan. Rumusan yang dibuat ialah yang berkaitan dengan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusateraan. Genri ini merangkumi puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Jumlah yang dinyatkan ialah tentang peratusan jantina yang suka menulis di dalam blog berdsarkan genre-genre tersebut.
Bagi genre yang pertama iaitu puisi, sebanyak 66.7% responden lelaki yang berjumlah 20 orang suka menulis puisi di blog. Bagi golongan wanita pula, sebanyak 80% atau 24 responden wanita mempunyai minat untuk menulis puisi di blog.
            Seterusnya, pengguna daripada kaum lelaki dan wanita juga menggunakan blog untuk menulis cerpen pendek. Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan, 86.7% iaitu 26 orang responden lelaki dan 96.7% responden wanita menjadikan blog sebagai kaedah untuk menulis cerpen. Di samping itu, gabungan bagi kedua-dua responden lelaki dan wanita menunjukkan angka yang tinggi iaitu sebanyak lebih 80%.
            Selain itu, blog juga dijadikan sebagai wahana untuk menulis skrip. Sebanyak 76.7% iaitu 23 orang responden lelaki dan 93.3% atau 23 orang responden perempuan menyatakan keselesaan dan kesesuaian bagi mereka menggunakan blog untuk menulis skrip. Faktor yang mendorong mereka minat untuk menggunakan kaedah ini adalah kerana ingin berkongsi skrip dengan orang lain dan boleh menulis apa sahaja dalam skrip memandangkan ini cerita mereka.
            Selanjutnya, genre yang terakhir ialah pantun. Terdapat sebahagian besar daripada responden menyatakan kesesuaian mereka menulis pantun di blog. Berdasarkan jumlah data yang dikutip, sebanyak 66.7% iaitu 20 orang responden lelaki dan 86.7% atau 26 orang responden wanita memilih blog sebagai medium untuk menulis pantun. Bagi responden wanita, mereka berpendapat bahawa mereka merasakan sekiranya pantun cinta dibaca dalam blog, ia kelihatan sangat romantik. Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa penulisan pantun merupakan suatu nasihat atau pesanan yang terbaik dan sekiranya ia dikongsi dalam blog, ia dapat dimanfaatkan oleh insan lain.

Rujukan/Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...