Thursday 27 February 2020

BBM3401Satu2020: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga

Saya berasa berpuas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam menanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunkasi Teori dan aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.



Cerita

"Keluargaku Pemilik Hatiku"

Keluarga merupakan segalanya bagi saya. Saya amat menyayangi mereka semua. saya merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Saya membesar dalam keluarga yang sederhana. Kedua ibu bapa saya suda menjangkau usia 50 tahun. Namun demikian, mereka masih gigih berusaha menyara kami sekeluarga. Abang sulung saya sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran disebuah institusi di bandar. Kakak saya pula sedang menyambung pengajian di peringkat master di Universiti yang sama. Kedua-duanya memerlukan wang yang banyak. Saya pula merupakan seorang pelajar tingkatan lima di sekolah di kampung. Saya mempunyai seoarng adik dan seorang sepupu yang tinggal bersama kami. Sepupu saya tinggal bersama keluarga saya sejak berusia lima tahun setelah kematian ibu dan bapa mereka dalam sebuah kemalangan. Saya pergi ke sekolah pada setiap hari dengan menaiki basikal. Pada hari hari cuti pula, saya akan membantu ibu saya bercucuk tanam dan menjaga haiwan ternakan. Saya sangat gembira dapat membantu ibu dan ayah saya bekerja. Pada ahri cuti, saya akan keluar mengikuti ayah dan ibu saya seawal jam 7.30 pagi. Kami meninggalkan adik dan sepupu saya di rumah . Mereka tidak dibernarkan mengikuti kami ke kebun kerana ibu dan ayah kasihan dengan mereka yang baru berusia tujuh dan sembilan tahun. Setelah keluar dari rumah, kami akan ke kandang lembu membawa lembu untuk meragut rumput. Saya akan menolong ibu dan ayah membawa semua lembu kami ke sana. Setelah selesai, kami akan ke kebun yang lain tempat kami menanam sayur-sayuran. Di sana, kami menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam dan kubis. Kami akan menyiram kesemua tanaman kami menggunakan air sungai yang berhampiran. Air sungai tersebut dipunggah menggunakan baldi. Setelah penat bekerja, kami akan berehat di pondok kecil yang ada di tengah kebun. Pondok tersebut didirikan oleh ayah lima tahun yang lepas. Pada waktu petang pula, kami akan menyambung kerja kami iaitu memetik sayur-sayur yang sudah besar. Sayur-sayur itu akan dikumpul dan akan diambil oleh pemborong pada lewat petang. Setelah petang tiba, saya dan ibu akan ke kebun tempat lembu meragut rumput untuk dikurung kembal ke dalam kandang. Sewaktu azan maghrib berkumandang, biasanya kami baru sampai di rumah. Begitulah rutin saya pada hari cuti. Saya berasa penat, namun sangat bahagia dapat berbakti kepada ibu bapa. Saya cuba melakukan yang terbaik untuk membahagiakan keluarga saya. Saya juga ingin menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti. Saya amat menyangi semua ahli keluarga saya iaitu ibu, ayah, abang, akak, adik dan sepupu saya. Sekian terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...