Friday 20 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5

Buku Kajian Wacana (Bahagian B)

Ringkasan Cerita Sosial 2


Pada hari ahad yang lepas, bapa Alim telah membawa pulang pelbagai buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Seluruh ahli berasa sangat gembira dengan kepulangan bapa mereka bersama buah-buahan tersebut. Ahli keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, abang Imran, Kak Madihah, Alim dan Aisyah menikmati buah-buahan tersebut dengan penuh keriangan. Namun demikian, dalam suasana yang gembira, Alim masih tidak melupakan sahabatnya yang tinggal berjiran dengannya iaitu Sulaiman. Alim telah meminta dengan ibunya untuk berkongsi buah-buahan yang mereka nimkati dengan Sulaiman. Ibunya sangat gembira dan berasa amat bangga dengan sifat terpuji Alim. Dia telah memberikan sedikit buah-buahan kepada Alim supaya dihantar kepada Sulaiman. Alim menurut arahan ibunya dan terus pergi untuk berkongsi buah-buahan tersebut. Sulaiman sangat gembira dengan pemeberian sahabatnya itu dan mengucapka terima kasih. Setelah memberikan buah-buahan itu, Alim membantu keluarganya mengemas rumah mereka. Alim kemudian terserempa dengan ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumahnya. Ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Ibu Sulaiman turut memuji sfat terpuji Alim yang suka melakukan perkara baik. Dia dengan keadaan yang sayu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Alim yang sangat baik dengan anak lelakinya. Alim kemudian melambai kepada Ibu Sulaiman dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.






Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...