Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu-5 bahagian B

BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Berdasarkan buku Eh Media Sosial, saya mendapati masalah yang terbesar dihadapi oleh masyarakat ialah kurang keyakinan untuk memulakan penulisan. Perasaan ini muncul disebabkan tiada latihan dan tidak biasa apabila tulisan mereka dibaca oleh orang lain. Sikap ini menyebabkan mereka enggan menulis dan sekiranya menulis, mereka tidak mahu hasil tulisan mereka dibaca oleh individu lain. Sikap inilah yang mengekang mereka untuk meluahkan idea bernas yang terkandung dalam minda mereka. Selain itu, masyarakat juga mempunyai sikap yang lain iaitu gemar melibatkan diri terus dalam aktiviti. Kaedah ini digemari mereka supaya mereka fokus pada pembelajaran bahasa dan aktiviti supaya mereka terhindar dari salah faham dan tidak bosan atau jemu semasa belajar. Situasi ini merupakan trend terkink yang wujud dalam kehidupan masyarakt sekarang. Disebabkan itu, kaedah yang paling tepat bagi membolehkan masyarkat menulis ialah menggunakan kaedah tertentu seperti aplikasi twitter. Twitter membolehkan masyarakat berkongsi idea dan pemikiran secara terus dan dapat dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Twitter juga dapat dijadikan wadah untuk berkongsi ilmu tentang politik, ekonomi dan sebagainya. Bagi individu yang kurang berkeyakinan, mereka boleh menyembunyikan identiti dan berkongsi sesuatu perkara dan mendapatkan maklum balas tentang perkongsian mereka. Kaedah ini boleh melatih diri mereka bagi mendapatkan keyakinan untuk terus menulis dengan tidak secara semuka. Mereka yang berminat untuk terlibat secara terus dalam aktiviti juga dapat berkimunikasi dengan lancar dan berkesan. Perbincangan melalui twitter membolehkan mereka berbincang walaupun wujud halangan jarak dan sebagainya. Kesimpulannya, penceritaan dan pendidikan melalui wadah seperti twitter ini sememangnya sangat berkesan dan membantu masyarakat.



Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Terengganu Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...