Assalamualaikum dan selamat pagi. Pada kali ini saya ingin menyuarakan penghargaan dan kegembiraan saya kerana Prof Normaliza telah like gambar saya. Terima kasih Prof. Nanti lan kali like lagi yer, kalau tak keberatan silalah komen sekali. Sekian.
Friday, 27 March 2020
Friday, 20 March 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5
Buku Kajian Wacana (Bahagian B)
Ringkasan Cerita Sosial 2
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
Ringkasan Cerita Sosial 2
Pada hari ahad yang
lepas, bapa Alim telah membawa pulang pelbagai buah-buahan yang telah dibelinya
di pasar tani. Seluruh ahli berasa sangat gembira dengan kepulangan bapa mereka
bersama buah-buahan tersebut. Ahli keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, abang
Imran, Kak Madihah, Alim dan Aisyah menikmati buah-buahan tersebut dengan penuh
keriangan. Namun demikian, dalam suasana yang gembira, Alim masih tidak melupakan
sahabatnya yang tinggal berjiran dengannya iaitu Sulaiman. Alim telah meminta dengan
ibunya untuk berkongsi buah-buahan yang mereka nimkati dengan Sulaiman. Ibunya
sangat gembira dan berasa amat bangga dengan sifat terpuji Alim. Dia telah memberikan
sedikit buah-buahan kepada Alim supaya dihantar kepada Sulaiman. Alim menurut
arahan ibunya dan terus pergi untuk berkongsi buah-buahan tersebut. Sulaiman
sangat gembira dengan pemeberian sahabatnya itu dan mengucapka terima kasih. Setelah
memberikan buah-buahan itu, Alim membantu keluarganya mengemas rumah mereka. Alim
kemudian terserempa dengan ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar
rumahnya. Ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi
buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Ibu Sulaiman turut memuji sfat terpuji
Alim yang suka melakukan perkara baik. Dia dengan keadaan yang sayu mendoakan
kesejahteraan dan kesihatan Alim yang sangat baik dengan anak lelakinya. Alim
kemudian melambai kepada Ibu Sulaiman dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, 19 March 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5
Buku Kajian Wacana
Bahagian A
Abidin bin Abdul Rahman
197448
Brown &
Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan
Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama
adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam
interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown
& Levinson (1987) memperkenalkan konsep 'wajah' untuk menggambarkan
"kesopanan' dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai
kepentingan dalam mengekalkan dua jenis 'wajah': "wajah positif dan ‘wajah
negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan 'muka positif kerana imej
positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, 'muka negatif'
adalah "tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk
tidak diganggu". Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej
untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak
dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan
empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan
negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata
tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hjau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
|
|
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik air ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 5
Multimedia Dalam Bahasa
Bahagian B
Kepentingan Rule Of Thirds
Rule of thirds atau diringkaskan sebagai ROT merupakan garisan yang dibina untuk memberi panduan kepada jurugambar semasa mengambil foto. ROT sememangnya mempunyai banyak kepentingan kepada jurugambar bagi membolehkan mereka merakam gambar yang terbaik dan sempurna. Salah satu kepentingan ROT ialah membentuk gambar yang stabil. Kebanyakan masyarakat yang baru membiasakan diri untuk mengambil gambar berasa janggal untuk menggunakan ROT. Rot sebenarnya merupakan pembahagian kawasan untuk dirakam kepada sembilan kotak. Dengan menggunakan ROT, pengguna dapat memastikan elemen penting seperti kepala tidak terlalu di atas atau du bawah. Elemen lain seperti kaki juga dapat dipilih supaya sesuai iaitu tidak menampakkan terlalu bawah sehingga mengganggu bahagian atas badan. Pengguna juga boleh menyesuaikan gambar yang diambil misalnya seseorang yang berdiri di tepi tasik yang cantik. ROT berfungsi untuk mewujudkan kestabilan antara individu tersebut yang dapat diletakkan pada bahagian kanan ROT dan menampakkan tasik pada bahagian kiri ROT. Gambar ini akan lebih menarik dan kelihatan stabil iaitu dapat menunjukkan aktuviti dan emosi seseorang iaitu sedih, gembira atau tenang di tepi tasik yang sangat indah. Di samping itu, teknik ROT juga membolehkan gambar yang diambil mempunyai fokus yang jelas terhadap sesuatu perkara. Misalnya, gambar seorang lelaki sedang meminta sedekah di kaki lima akan lebih jelas terlihat apabila sedikit kotak tengah dan kotak kanan ROT dirakam gambar lelaki tersebut. Pada kotak kiri pula dirakam gambar beberapa orang awam sedang lalu-lalang tanpa mempedulikan lelkai tersebut. Bagi gambar ini, ROT dapat berfungsi untuk mewujudkan fokus gambar terhadap lelaki peminta sedekah sebagai fokus utama. Orang lalu-lalabg itu pula kurang difokuskan, namun tetap ada sebagai simbol peminta sedekah yang sedang mengalami kesusahan kerana tiada individu yang sudi membantu dirinya..
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, 18 March 2020
BBM3401Satu2020: Tugasan Minggu 5
Bahagian A (1)
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
BBM3410Satu2020: Tugasan minggu-5 bahagian B
BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI PENGENALAN
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Berdasarkan buku Eh Media Sosial, saya mendapati masalah yang terbesar dihadapi oleh masyarakat ialah kurang keyakinan untuk memulakan penulisan. Perasaan ini muncul disebabkan tiada latihan dan tidak biasa apabila tulisan mereka dibaca oleh orang lain. Sikap ini menyebabkan mereka enggan menulis dan sekiranya menulis, mereka tidak mahu hasil tulisan mereka dibaca oleh individu lain. Sikap inilah yang mengekang mereka untuk meluahkan idea bernas yang terkandung dalam minda mereka. Selain itu, masyarakat juga mempunyai sikap yang lain iaitu gemar melibatkan diri terus dalam aktiviti. Kaedah ini digemari mereka supaya mereka fokus pada pembelajaran bahasa dan aktiviti supaya mereka terhindar dari salah faham dan tidak bosan atau jemu semasa belajar. Situasi ini merupakan trend terkink yang wujud dalam kehidupan masyarakt sekarang. Disebabkan itu, kaedah yang paling tepat bagi membolehkan masyarkat menulis ialah menggunakan kaedah tertentu seperti aplikasi twitter. Twitter membolehkan masyarakat berkongsi idea dan pemikiran secara terus dan dapat dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Twitter juga dapat dijadikan wadah untuk berkongsi ilmu tentang politik, ekonomi dan sebagainya. Bagi individu yang kurang berkeyakinan, mereka boleh menyembunyikan identiti dan berkongsi sesuatu perkara dan mendapatkan maklum balas tentang perkongsian mereka. Kaedah ini boleh melatih diri mereka bagi mendapatkan keyakinan untuk terus menulis dengan tidak secara semuka. Mereka yang berminat untuk terlibat secara terus dalam aktiviti juga dapat berkimunikasi dengan lancar dan berkesan. Perbincangan melalui twitter membolehkan mereka berbincang walaupun wujud halangan jarak dan sebagainya. Kesimpulannya, penceritaan dan pendidikan melalui wadah seperti twitter ini sememangnya sangat berkesan dan membantu masyarakat.
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Terengganu Malaysia.

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu ke-5
Tugasan minggu 5
Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021
Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...
-

10 cara menulis blog dengan baik 1. Tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 2. Cerita menarik yang boleh menarik hati pemb...
-
Multimedia Dalam Bahasa Bahagian B Kepentingan Rule Of Thirds Rule of thirds atau diringkaskan sebagai ROT merupakan garisan yang dibin...