Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
Keluarga
Saya berasa berpuas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam menanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunkasi Teori dan aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.
Cerita
"Keluargaku Pemilik Hatiku"
Keluarga merupakan segalanya bagi saya. Saya amat menyayangi mereka semua. saya merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Saya membesar dalam keluarga yang sederhana. Kedua ibu bapa saya suda menjangkau usia 50 tahun. Namun demikian, mereka masih gigih berusaha menyara kami sekeluarga. Abang sulung saya sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran disebuah institusi di bandar. Kakak saya pula sedang menyambung pengajian di peringkat master di Universiti yang sama. Kedua-duanya memerlukan wang yang banyak. Saya pula merupakan seorang pelajar tingkatan lima di sekolah di kampung. Saya mempunyai seoarng adik dan seorang sepupu yang tinggal bersama kami. Sepupu saya tinggal bersama keluarga saya sejak berusia lima tahun setelah kematian ibu dan bapa mereka dalam sebuah kemalangan. Saya pergi ke sekolah pada setiap hari dengan menaiki basikal. Pada hari hari cuti pula, saya akan membantu ibu saya bercucuk tanam dan menjaga haiwan ternakan. Saya sangat gembira dapat membantu ibu dan ayah saya bekerja. Pada ahri cuti, saya akan keluar mengikuti ayah dan ibu saya seawal jam 7.30 pagi. Kami meninggalkan adik dan sepupu saya di rumah . Mereka tidak dibernarkan mengikuti kami ke kebun kerana ibu dan ayah kasihan dengan mereka yang baru berusia tujuh dan sembilan tahun. Setelah keluar dari rumah, kami akan ke kandang lembu membawa lembu untuk meragut rumput. Saya akan menolong ibu dan ayah membawa semua lembu kami ke sana. Setelah selesai, kami akan ke kebun yang lain tempat kami menanam sayur-sayuran. Di sana, kami menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam dan kubis. Kami akan menyiram kesemua tanaman kami menggunakan air sungai yang berhampiran. Air sungai tersebut dipunggah menggunakan baldi. Setelah penat bekerja, kami akan berehat di pondok kecil yang ada di tengah kebun. Pondok tersebut didirikan oleh ayah lima tahun yang lepas. Pada waktu petang pula, kami akan menyambung kerja kami iaitu memetik sayur-sayur yang sudah besar. Sayur-sayur itu akan dikumpul dan akan diambil oleh pemborong pada lewat petang. Setelah petang tiba, saya dan ibu akan ke kebun tempat lembu meragut rumput untuk dikurung kembal ke dalam kandang. Sewaktu azan maghrib berkumandang, biasanya kami baru sampai di rumah. Begitulah rutin saya pada hari cuti. Saya berasa penat, namun sangat bahagia dapat berbakti kepada ibu bapa. Saya cuba melakukan yang terbaik untuk membahagiakan keluarga saya. Saya juga ingin menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti. Saya amat menyangi semua ahli keluarga saya iaitu ibu, ayah, abang, akak, adik dan sepupu saya. Sekian terima kasih.
Thursday, 27 February 2020
Monday, 24 February 2020
BBM3401Satu2020: Padlet
Tiada Tajuk Production
Assalamualaikum. Pada hari selasa yang lepas, kami telah diberi satu tugasan oleh Prof Dr. Normaliza. Kami telah ditugaskan untuk menyiapkan satu padlet berdasarkan elemen asas grafik.
Tugasan ini perlu disiapkan berdasarkan masa yang telah diperuntukkan. Elemen-elemen tersebut ialah Mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Gambar yang dihasilkan disusun secara rawak.

1
2
3
4
5
6
BBM3401Satu2020: Blanket Test 2.0
Assalamualaikum. Semasa kuliah pada hari selasa yang bertarikh 24 Februari 2020, kami telah diuji dengan beberapa soalan oleh Prof Dr. Normaliza. Soalan yang diajukan ialah berdasarkan gambar yang dinyatakan. Bagi kumpulan kami, dua orang ahli secara sukarela telah berjaya menjawab soalan yang diajukan. Syafika telah berjaya meneka elemen asas grafik dengan memberikan jawapan "mudah". Selain itu, Zul juga telah berjaya meneka gambar yang seterusnya bagi soalan asas fotografi iaitu pendua. Jumlah soalan yang berjaya dijawab oleh kami pada hari ini ialah dua. Sekian terima kasih.
BBM3401Satu2020: Blanket Test
Blanket Test
Berdasarkan gambar yang dipaparkan oleh Prof, kumpulan kami telah memilih elemen kesesuaian dan teks. Kesesuaian dipilih kerana sampan yang terdapat di tepi jeti bersesuaian dengan tasik yang berwarna hijau. Jeti juga sesuai dengan tasik yang tenang menandakan aktiviti bersampan selamat dijalankan. Seterusnya, elemen teks dipilih disebabkan gambar yang dipaparkan tiada teks dan sukar untuk difahami . Teks yang mudah dan jelas perlu wujud supaya pembaca mudah memahami mesej yang ingin disampaikan.
Selain itu, kumpulan kami juga turut menjawab soalan yang diajukan oleh prof berkenaan jumlah elemen"kepentingan asas grafik". Elemen tersebut ialah
1. Menarik
2. Mudah
3. Mesej
4. Ketara
5. Promosi.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi
Asas Fotografi
Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita pada hari ini. Pada kali ini, kami telah mempelajari bebrapa elemen asas fotografi. Kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan perkara yang telah dipelajari. Di bawah ini disenaraikan gambar yang telah diambil oleh kumpulan kami.
MUG SHOT : ARDILLA
MUG SHOT : NUR HUSNINA
MUG SHOT : EMMY
MUG SHOT : HAZIQ
MUG SHOT : RASYIDAH
MUG SHOT : ZUL
MUG SHOT : SYAFIKA
MUG SHOT : ABIDIN
MUG SHOT : AQILAH
Close up
MEDIUM SHOT
LONG SHOT
POTRET
Thursday, 20 February 2020
BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM
Sinopsis cerita sosial 2
Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Alim. Alim merupakan kanak-kanak baik dan berhati mulia. Bapa Alim dikisahkan telah membawa pulang pelbagai buah-buahan kepada keluarganya. Buah-buahan tersebut dibeli oleh bapa Alim di pasar tani. Terdapat pelbagai buahan-buahan tempatan seperti buah langsat, duku dan manggis. Kesemua ahli keluarganya gembira setelah melihat buah-buahan yang pelbagai. Namaun demikian, Alim yang berhati mulia telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada rakannya Sulaiman. Ibu Alim berasa bangga dengan sifat terpuji anaknya dan menggalakkan Alim terus mengamalkan sikap murah hati tersebut. Ibu Alim telah menyediakan buah untuk diberi kepada sahabat anaknya dan menyuruh Alim menghantar buah tersebut. Alim kemudian telah memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu Sulaiman yang terserempak dengan Alim mengucapkan terima kasih atas pemebrian tersebut. Dia turut memuji perbuatan terpuji. Ibu Sulaiman turut berasa terharu atas pemberian Alim dan terus memandang sayu ke arah kakak-kanak tersebut. Ibu Sulaiman berdoa kepada Tuhan supaya Alim dan keluarga diberi kesihatan yang baik.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: Keluarga saya.
Assalamualaikum. Nama saya Abidin bin Abdul Rahman. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Saya mempunyai enam orang adik-beradik. Ketiga-tiga orang kakak saya berkerjaya sebagai guru. Abang saya pula bekerja dengan membantu ibu saya sebagai seorang petani. Seorang daripada kakak saya telah berkahwin serta mempunyai dua orang cahaya mata. Apabila semua hali keluarga berkumpul, keluarga kami akan berbual-bual bagi berkongsi kisah hidup masing-masing. Kakak sulung dan ketiga saya mempunyai cerita yang hampir sama kerana mereka bertugas sebagai guru di sekolah yang sama. Mereka akan bercerita tentang gelagat murid-murid mereka yang nakal namun pada masa yang sama pintar. Kakak ketiga saya pernah menceritakan gelagat pelajar lelakinya yang nakal. Budak tersebut memanggil semua rakan perempuan kelasnya dengan panggilan "sayang" sekiranya pelajar perempuan tersebut memarahinya. Ungkapan "kejaplah sayang" merupakan ungkapan rutin yang sering digunakannya. Selain itu, kakak kedua saya pula mempunyai cerita yang agak berbeza sekiranya dia pulang ke kampung. Dia akan bercerita tentang gelagat kedu-dua orang anaknya yang semakin membesar. Kakak kedua saya juga seorang yang sopan dan bercakap dengan lemah-lembut dan perlahan. Seterusnya, gelagat abang saya pula berbeza dengan adik-beradik lain. Dia jarang-jarang berada di rumah disebabkan mempunyai hobi yang tersendiri. Antara hobi yang amat digemarinya ialah memancing. Sekiranya cuaca baik dan air sungai jernih, dia akan keluar memancing selama beberapa jam. Dia akan menggunakan perahu kepunyaan ayah kami. Setelah hari hampir senja, dia akan pulang. Kebanyakan hari dia akan pulang dengan tangan kosong, namun baru-baru ini, dia kerap membawa pulang hasil yang agak lumayan. Setakat itu sahaja perkongisian saya pada kali ini, ada masa kita jumpa pada waktu yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hari Raya
Thailand
Hari Raya
Thailand
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021
Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...
-
Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...
-
10 cara menulis blog dengan baik 1. Tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 2. Cerita menarik yang boleh menarik hati pemb...
-
Multimedia Dalam Bahasa Bahagian B Kepentingan Rule Of Thirds Rule of thirds atau diringkaskan sebagai ROT merupakan garisan yang dibin...