Thursday, 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 6

Bab 1 (Aktiviti 1,2 & 3)
(Media Sosial)

Tugasan Buku Media Sosial

Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.



Aktiviti 1


Aktiviti 2


Aktiviti 3

BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 6

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
(Wacana)

Nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2
1. Pemurah
Alim ialah seorang yang pemurah. Dia ingin berkongsi buah-buahan yang dimilikinya dengan Sulaiman. Dia telah meminta izin dengan ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman yang menjadi sahabat dan jirannya. Tindakan ini menunjukkan dia mempunyai nilai pemurah.

2. Taat kepada ibu bapa
Alim juga merupakan seorang yang taat dan patuh akan pesanan ibu bapanya. Dia selalu mengingati pesan ibu bapanya bahawa berkongsi barang atau makanan yang disukai ialah suatu perbuatan yang mulia.

3. Baik hati
Alim seorang yang sangat baik hati. Buktinya dia selalu berbuat baik dengan jiran seperti berkongsi barangan, menyapa dan berkomunikasi dengan jiran dengan cara yang sopan dan sebagainya. Dia juga turut menolong ibu bapanya mengemas rumah dan membuang sampah. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang baik hati.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: Tugasan minggu 6

RULE OF THIRDS (NORMALIZA AND RAHIM,2019)
(Multimedia Dalam Bahasa)

Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk menghuraikan tentang penggunaan rule of thirds bagi swafoto. Rule of thirds merupakan teknik garisan yang digunakan untuk menstabilkan imej yang wujud pada paparan. Melalui sembilan petak rule of thirds, pengguna boleh menstabilkan imej yang muncul pada paparan supaya ia stabil dengan menggerakkan ke kanan, kiri, atas atau bawah. Imej yang terhasil dengan menggunakan teknik ini akan kelihatan lebih menarik kerana tidak terlalu cenderung ke arah tertentu sahaja. Semoga bermanfaat. Terima kasih.





#ProfDrN
#ProfDrN2020Satu
#Tugasanminggu6
#Maluapabossku
#Bukanbiasabiasa

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). 
Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Friday, 27 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pada kali ini saya ingin menyuarakan penghargaan dan kegembiraan saya kerana Prof Normaliza telah like gambar saya. Terima kasih Prof. Nanti lan kali like lagi yer, kalau tak keberatan silalah komen sekali. Sekian.




Friday, 20 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5

Buku Kajian Wacana (Bahagian B)

Ringkasan Cerita Sosial 2


Pada hari ahad yang lepas, bapa Alim telah membawa pulang pelbagai buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Seluruh ahli berasa sangat gembira dengan kepulangan bapa mereka bersama buah-buahan tersebut. Ahli keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, abang Imran, Kak Madihah, Alim dan Aisyah menikmati buah-buahan tersebut dengan penuh keriangan. Namun demikian, dalam suasana yang gembira, Alim masih tidak melupakan sahabatnya yang tinggal berjiran dengannya iaitu Sulaiman. Alim telah meminta dengan ibunya untuk berkongsi buah-buahan yang mereka nimkati dengan Sulaiman. Ibunya sangat gembira dan berasa amat bangga dengan sifat terpuji Alim. Dia telah memberikan sedikit buah-buahan kepada Alim supaya dihantar kepada Sulaiman. Alim menurut arahan ibunya dan terus pergi untuk berkongsi buah-buahan tersebut. Sulaiman sangat gembira dengan pemeberian sahabatnya itu dan mengucapka terima kasih. Setelah memberikan buah-buahan itu, Alim membantu keluarganya mengemas rumah mereka. Alim kemudian terserempa dengan ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumahnya. Ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Ibu Sulaiman turut memuji sfat terpuji Alim yang suka melakukan perkara baik. Dia dengan keadaan yang sayu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Alim yang sangat baik dengan anak lelakinya. Alim kemudian melambai kepada Ibu Sulaiman dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.






Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, 19 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 5



Buku Kajian Wacana
Bahagian A

Abidin bin Abdul Rahman
197448

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep 'wajah' untuk menggambarkan "kesopanan' dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis 'wajah': "wajah positif dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan 'muka positif kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, 'muka negatif' adalah "tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu". Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hjau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik air ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
 Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

Bbm2410Satu2020 : Kalendar 2021

Kalendar 2021 Assalamualaikum. Sepanjang mengikuti kursus multimedia dalam bahasa ini, kami telah diajarkan cara untuk menghasilkan sendir...